NAJIB RAZAK DAN ZAHID HAMIDI DIPUJI RAKYAT
DYMM Agong Zahirkan Penghargaan Kepada Semua Ahli Parlimen
Belanjawan 2021 hari ini diluluskan sebalik perancangan menggagalkannya oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang. Paling meninggalkan kesan kepada rakyat ialah 2 tuntutan Barisan Nasional yang dikemukakan Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Moratorium dan pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP antara tuntutan yang menjadi perdebatan hangat sepanjang sidang dewan. Najib ketika berbahas mencadangkan agar kerajaan menyambung moratorium dan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang mereka dari akaun 1 untuk menangani kekangan kewangan mereka yang terjejas.
Agong Zahirkan Ucapan Terimakasih
Dalam pada itu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara turut menarik perhatian. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menzahirkan penghargaan baginda dengan sokongan Ahli Parlimen meluluskan Belanjawan 2021.
Rakyat yang menyambut baik pengumuman Menteri Kewangan turut menyampaikan ucapan terimakasih mereka kepada Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi dan Dato Sri Najib Razak kerana memperjuangkan suara rakyat di parlimen.
Secara keseuruhan netizen dan rakyat agak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan dalam menghadapi covid19 yang belum nampak tanda akan berakhir.
Menteri Kewangan sebelum menamatkan penggulungan sempat menyatakan beliau dan semua ahli parlimen mengambil berat keluhan serta keresahan rakyat samada realiti mahupun dalam media sosial.
NAJIB RAZAK DARI MATA RAKYAT BIASA
‘Gaji penjawat awam boleh dibayar walau Dewan Rakyat tolak belanjawan’