NAJIB RAZAK DARI MATA RAKYAT BIASA

RAKYAT MENILAI NAJIB RAZAK

Nama Najib Razak menguasai hampir seluruh media termasuk maya selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi untuk kes melibatkan SRC. 7 pertuduhan, 7 kesalahan, denda dan hukuman yang ditetapkan amat mengejutkan semua pihak terutama penyokong beliau.



Selepas BN kalah PRU14 di tangan Pakatan Harapan, Najib mengambil tanggungjawab melepaskan semua jawatan beliau kecuali jawatan di Bahagian Pekan dan Ahli Parlimen Pekan. Tiada lagi keistimewaan dinikmati Najib selepas hilang kedudukan sebagai Perdana Menteri. Mengutip sisa perjuangan dan semangat kuat, Najib memulakan langkah mengkritik corak pemerintahan Pakatan Harapan di samping menjelaskan isu isu semasa termasuk menerangkan semula tohmahan yang pernah dilemparkan terhadapnya.

Muncul jenama Bossku dan siri jelajah Najib melonjakkan populariti sehingga menenggelamkan imej Pakatan Harapan merupakan kemuncak kejayaan beliau menggunakan platform media sosial sebagai pengantara beliau dan rakyat. Kebijakasanaan sebagai seorang yang pernah menjadi Menteri Besar, Timbalan Menteri, Menteri dan Perdana Menteri serta pengalaman sepak terajang politik banyak membantu beliau mendepani era kekalahan dan bangkit semula. Perjalanan yang tidak semudah filem diputarkan dilihat menjadi ramuan terbaik Najib membela dirinya dari serangan ketika tidak berada di kemuncak kuasa. Rakyat mula membandingkan sehingga ada yang menyatakan penyesalan kerana termakan tohmahan satu masa sebelum PRU14 dan menjadi sebahagian asbab kejatuhan BN.



Seorang anak Bekas Perdana Menteri yang paling ‘cool’ dan menjenamakan penempatan terbesar orang Melayu ( FELDA ),  Najib cuba yang terbaik menjadi saingan sebaik bapanya. Beliau muncul dengan pelbagai pendekatan mengutamakan keperluan rakyat dan sentiasa meletakkan rakyat sebagai perkara utama, Najib terpaksa akur dengan kekuatan fitnah dan tohmahan sistematik yang dikenakan terhadapnya. Bagaimanapun Najib terus menerus memberi tanpa meminta balasan dari rakyat. Ini intipati yang menarik perhatian rakyat dan meninggalkan persoalan mengapa beliau masih sibuk akan rakyat ketika boleh memikirkan masa senggang dan menumpukan masa kepada perkara lain. Akhirnya rakyat mula sedar Najib membakar dirinya hanya untuk rakyat tanpa sebarang syarat. Bertindak ‘Jantan’ apabila enggan mengheret parti dan rakyat dalam masalah serta tekanan politik terhadapnya, beliau hanya ada rakyat sebagai penguat semangat berdepan pertuduhan di Mahkamah. Pada 28 Julai lepas, rakyat memberi dan menunjukkan gelombang yang sangat berbeza kepada Najib Razak secara langsung dan tidak langsung.

Pelbagai reaksi dapat dilihat serta dizahirkan rakyat menerusi pelbagai medium sebagai sokongan buat insan bernama Najib Razak. Apa isyarat ini sebenarnya? Ditafsir dari sudut politik, sokongan sebegini bermaksud mahu semua pertuduhan dan hukuman atas pertuduhan samada gugur atau ditarik balik namun rakyat perlu menghormati sistem serta Institusi Kehakiman Negara selaras prinsip Rukunegara. Jika ditanya kepada marhein dan rakyat tiada berkepentingan politik, ia akan menjurus kehendak dan kemahuan mereka mengembalikan Najib ke kedudukan sepatutnya. Bahkan mereka mahu Najib meneruskan agenda yang dirancang sebelum PRU14 tanpa sebarang gangguan mana mana pihak. Nampak mustahil namun pemikiran marhein tidak dipengaruhi dengan habuan politik dan kepentingan parti politik.



Hakikat realiti kini, Najib perlu berdepan dengan Mahkamah Rayuan bagi membersihkan nama dan imej beliau tetapi kali ini nampaknya beliau tidak berseorangan. Marhein dan pelbagai lagi lapisan yang semakin sedar bagaimana batang tubuh bernama Najib Razak mengorbankan banyak perkara hanya untuk rakyat akan berdiri bersama beliau. Mana-mana parti politik tidak mampu menahan gelombang kebangkitan rakyat untuk insan bernama Najib Razak.

Admin tidak mengubah suai penulisan ini demi menghormati karya asal penulis.

Artikel sumbangan – Osman Zailani, Baling, Kedah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button