Pemimpin PH Adalah “Kaca Yang Disangka Intan”

Kaca Disangka Permata

Apa lagi yang tinggal pada pembangkang di Malaysia, dari maruah sebuah parti yang begitu hebat dalam membangunkan negara dengan teguran kepada kerajaan kini sudah menjadi sebuah parti yang bergerak untuk menghancurkan Negara.

Satu ketika dahulu rakyat Malaysia cukup aman dan damai kehidupan didalamn Negara ini dan telah berubah hanya kerana saorang manusia bernama Anwar Ibrahim, Mahathir dan Guan Eng. Kuasa yang Allah pinjamkan kepada mereka selama 22 bulan akhirnya membuka pekong mereka semuanya.

Ya, mungkin dulu orang masih tidak tahu atau terlampau taksub dengan manusia yang bernama siapakah Anwar Ibrahim. Mahathir dan Guan Eng  yang cukup petah meraih simpati dan menutup kesalahan diri dan dipersalahkan orang lain.



Semua orang salah dimata mereka, semua orang tidak betul dimata mereka, setiap tindakan seakan tiada faedahnya untuk rakyat yang dilakukan oleh kerajaan BN. Semua orang dilabelkan penyamun dan perompak jika tidakj mengikuti telunjuk mereka ini.

Secara logiknya sekarang hanya yang kurang waras sahaja yang masih mengikuti dan mepercayai apa yang diperjuangkan oleh mereka ini. Dari isu bajet kerajaan hingga sekecil kecil pembangunan yang dimajukan oleh kerajaan semuanya tidak betul, Namun  didalam perkataan tidak betul tersebut pembangunan tetap dinikmati oleh semua  rakyat di Malaysia.

Belanjawan tahun 2021 dibentangkan  dalam suasana yang cukup unik dimana senario politik yang semakin mencabar dan ditambah pula dengan pendamik covid yang membebankan pergerakan rakyat.

Namaun pihak pembangkang di Malaysia hanya melihat ianya satu proses mengambil keesempatan untuk populariti dengan tindakan tindakan yang tidak mencerminkan kesungguhan mereka sebagai pembangkang untuk bersama memberikan idea  dan buah fikiran untuk membangunkan negara ini bersama sama dan menyelesaikan permasalahan rayat.



Pemimpin Pakatan Harapan ‘Ghaib’

Perkara ini dapat dilihat di dalam negeri negeri yang ditadbir oleh pakatan harapan, disaat rakyat menghadapi dan dihimpit kepayahan kita tidak dapat melihat  tiada satu pun usaha yang dibuat untuk membantu mengurangkan beban rakyat.

Malah, mereka ini,  pemimpin Pakatan mengambil tindakan dengan menindas rakyat dengan menaikkan cukai cukai tanpa memikirkan bebanan kepada rakyat dan tiada berfikir kearah untuk membangunkan atau menarik pelabur sebagai sumber keatas negeri.

Bukan itu sahaja pembangkang  juga menindas kaum kaum lain dengan kaedah “pecah dan perintah” dan meroboh serta merampas tanah tanah tradisional kepunyaan kaum lain atas nama pembangunan dan terkecuali pada satu kaum mereka.

Sikap ala komunisme dan diktator yang diamalkan oleh pihak pembangkang ini telah meyebabkan kita berfikir secara rasional apakah ini Demokrasi  dan kebebasan bersuara yang mereka laungkan selama ini .



Rakyat sudah cukup menderita didalam kerajaan pembangkang jika di Pulau Pinang rakyat ditindas dan dihalau, di Selangor, Rakyat di cengkam dengan masalah penyakit , masalah gangguan air saban bulan dan tadbirurus yang tidak menjurus untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Agenda Kuasa

Bagi ketiga tiga pemimpin ini, kemiskinan rakyat dianggap sebagai takdir dari Tuhan dan tiada satu pun agenda untuk meningkatkan taraf hidup oleh kerajaan PH yang memerintah. Mereka hanya mampu berseloka dengan idea-idea bodoh yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Malah pada masa yang sama mereka giat menjarah harta rakyat untuk diri dan kroni mereka.

Jika dahulu laungan demokrasi , kebebasan bersuara telah menjadi satu topik yang cukup hebat untuk mempersalahkan kerajaan  dan dikatakan  kerajaan menyekat rakyatnya didalam memberikan pendapat dan pandangan serta teguran.



Namun semua itu tidak berlaku didalam kerajaan PH yang lalu, sistem dictator dan kuku besi yang diamalkan telah meyebabkan pengikut serta rakyat tidak dibenarkan menyuarakan pandangan terhadap pemimpin mereka.

Natijahnya rakyat terpaksa berhadapan dengan tindakan perundangan, secara tidak langsung rakyat  tidak boleh untuk melakukan teguran terhadap pemimpin PH. Bagi pemimpin PH pula mereka sewenangnya boleh melakukan apa juga salah laku tanpa tindakan perundangan yang dikenakan keatas mereka.

Untuk membela nasib rakyat , jauh sekali. Mereka ini hanya tahu berpolitik 24 jam sehari, menghasut, serta melakukan tuduhan yang tiada asasnya dikenakan terhadap pemimpin Barisan Nasional. Tuduhan tanpa boleh mengemukakan saksi utama untuk mencari titik kebenaran.



Jika dikenang semula, pada zaman  BN menerajui negara ini, kita boleh melihat bagaimana semua bangsa diberikan peluang untuk hidup bersama sama tanpa ada perasaan prasangka. Kekejaman DAP, PPBM, PKR kini sudah sampai pada tahap yang membahayakan keselamatan.

Bangsa Kiasu, PPBM, AMANAH dan PKR  ini tidak pernah kenal erti berterima kasih terhadap peluang yang mereka kecapi , tangan yang selama ini membantu mereka telah dipotong sama sekali. Natijah  hasutan yang diterima oleh rakyat Malaysia kini dibayar dengan harga yang cukup mahal sekali. Maruah dan harga diri  sedang dipijak pijak oleh mereka ini dengan kejam.

Persoalannya sekarang, dimanakah Anwar Ibrahim, Mahathir  yang cukup hebat mengatakan bahawa BN amat kejam tetapi mendiamkan diri  bila mana sekarang Bangsa Melayu dan India dihalau , di tindas dan dirampas segala harta mereka  yang telah mereka warisi sekian lama.

Apakah kata kata saorang yang bergelar negarawan seperti Mahathir adalah kata kata saorang pembohong dan munafiq dimana sebelum ini cukup lantang untuk menjaga kepentingan rakyat? Sebagaimana biasa dan rakyat sudah tahu, Mahathir, Anwar dan Guan Eng adalah sosok tubuh yang akan menyalahkan orang lain dan melarikan diri apabila satu-satu masalah yang akan berlaku.



ANWAR vs MAHATHIR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG – DAP DAN AMANAH AKAN SOKONG SIAPA DI PARLIMEN?

Jangan meyesal, Inilah akibatnya bila mana “intan disangkakan kaca dan kaca disangkakan Intan” . Jadilah  sekelompok bangsa Melayu yang merempat di negeri sendiri akibat ketaksuban dan kebodohan memilih pemimpin.

Justeru itu, diantara realiti dan retorik  adalah dua alam yang cukup berbeza, tetapi  adalah menjadi kebanggaan  ialah rakyat di Malaysia sebahagian besarnya adalah dari rakyat yang mampu menggunakan akal dan tidak mudah terpengaruh dengan retorik yang dihidangkan oleh pembangkang kepada mereka.

Dalam menghadapi pelbagai retorik politik, sudah pasti rakyat sudah sedar sekarang siapakah pemimpin yang berjiwa rakyat dan sebaliknya , Apakah rakyat masih waras berfikir dan menolak semuanya dan terus memilih kerajaan Barisan Nasional sebagi pilihan yang menjamin masa depan rakyat dan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button