ANWAR vs MAHATHIR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG – DAP DAN AMANAH AKAN SOKONG SIAPA DI PARLIMEN?

Hebahkan !!!

Dilemma Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim Atau Tun M Teraju Arah Pembangkang Di Parlimen

 

Menjelang 18 Mei 2020, Parlimen akan bersidang dalam waktu PKP masih berlangsung. Semua pihak sedia maklum Pakatan Harapan telah tumbang selepas 22 bulan berkuasa di Putrajaya kerana krisis dalaman mereka sendiri. Segalanya bermula apabila Anwar seringkali mengingatkan mengenai perjanjian peralihan kuasa yang dimeterai bagi membentuk kerjasama sekaligus membentuk Pakatan Harapan. Pada 9 Mei 2018, Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang telah beekuasa hampir 6 dekad sekaligus membawa slogan ‘Malaysia Baru’. 

 

Bagaimanapun Tun Mahathir yang dipilih sebulat suara sekutu dalam PH bermain pelbagai alasan untuk memenuhi janji peralihan kuasa. Kali terakhir beliau menyebut mengenai peralihan kuasa ialah selepas Sidang Apec 2020 yang dijangkakan berlangsung di Malaysia. Bagaimanapun usaha Anwar mendapat tentangan daripada pemimpin PKR sendiri ketika itu. Azmin Ali antara yang paling lantang menentang usaha tersebut sambil mencabar mana-mana pihak membuktikan wujud perjanjian seperti didakwa Anwar. Kemelut dalaman PKR sampai ke kemuncak apabila Kongres PKR di Melaka diboikot oleh Azmin bersama penyokongnya dimana kemudiannya memilih untuk meninggalkan Tun M selepas Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8 apabila berlaku kemelut sokongan dalam PH.

MAHATHIR DAKWA ADA SOKONGAN

Kini sekali lagi Pakatan Harapan akan berdepan dengan situasi mengelirukan bagi menentukan siapa akan menerajui PH sebagai pembangkang. Tun M yang dikatakan memilih untuk duduk bersama pembangkang sudah pasti masih mempunyai pengaruh khususnya terhadap DAP yang kinu merupakan komponen teebesar dalam PH. Sesuatu yang tidak boleh dinafikan Anwar kerana bilangan MP PKR sudah beekurang selepas 10 orang MP telah keluar PKR dan kini dikatakan diterima sebagai ahli PPBM. Jika dihitung bilangan MP, DAP kini boleh menggunakan status quo untuk melantik sesiapa sahaja dari blok pembangkang sebagai Ketua Pembangkang. Menarik sekali dari kalangan serpihan Tun M, siapakah akan turut bersama beliau di kerusi pembangkang? MB Kedah sudah hampir pasti akan berada bersama barisan PH walau kedudukannya kini sebagai Timbalan Presiden PPBM.. Berapa MP dari PPBM akan turut serta duduk sebaris dengan Tun M kelak?

SAYA KETUA PEMBANGKANG – ANWAR

Memang Sidang Dewan kali ini akan menjadi sebahagian sejarah apabila sebuah parti mempunyai wakil dari kedua belah pihak, kerajaan dan pembangkang dan ini bukanlah sesuatu yang baik untuk Anwar Ibrahim bagi merealisasikan impian 21 tahun beliau. Apa istimewa Anwar kini untuk menerajui Pakatan Harapan? Tindakan beliau yang agak gelojoh terhadap beberapa pemimpin PKR dilihat sebagai tindakan ‘Kuku Besi’ dan adakah DAP yang disokong Amanah akan hanya menurut perintah Anwar? Percaturan kali ini sebenarnya agak rumit dan jika usul undi tidak percaya dibawa ke sidang mungkin Tun M akan mengeluarkan ‘SenjataTerakhir’ yang disimpan sebelum ini bagi mendapatkan kembali jawatannya sekaligus memadam angan-angan Anwar. Perlu diingatkan Tun M mendakwa beliau beroleh sokongan yang cukup dari MP dan mampu menafikan sokongan buat Anwar. Siapa akan belot kali ini sekiranya Anwar berjawa membawa usul undi tidak percaya pada 18 Mei kelak?

KRISIS PAKATAN HARAPAN

DAP yang masih bermain teka-teki walau menyatakan sokongan buat Anwar belum tentu akan memberi keyakinan penuh seandainya undi tidak percaya dilakukan. Tun M pula dilihat masih mempunyai pengaruh terhadap DAP kerana beliau merupakan antara sebab DAP mampu tembus ke kawasan yang tidak pernah mereka (DAP) tembusi selama ini. DAP mungkin akan memerlukan Tun M sekali lagi bagi memastikan kawasan ‘Taboo’ DAP akan memberi kemenangan jika mereka meletakkan calon dalam Pru15. Ini percaturan politik yang akan diambil kira oleh DAP kerana keyakinan pengundi terhadap PKR dan Anwar tidak setanding Tun M. Mampukah Anwar menyaingi pengaruh Tun M di 54 kawasan penempatan Felda sekaligus menyumbang kemenangan kepada PH?

PENGKHIANATAN PAKATAN HARAPAN

Sidang Dewan akan membongkar siapa sokong siapa kali ini. Apakah Anwar akan berjaya atau DAP akan jadi penghalang pula? Kita juga akan menyaksikan siapa akan bersama Tun M dari kalangan PPBM dan peluang Mukhriz untuk memenangi perebutan jawatan Presiden PPBM kelak. Apakah Pakatan Harapan mampu bertahan selepas 18 Mei 2020 atau akan menjadi sejarah politik Malaysia apabila dibubarkan? Segalanya hanya akan terjawap selepas sidang dewan nanti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: