Pusat panggilan kaut keuntungan sehingga RM20,000 setiap hari

f7b30dff114e8d1e48bfcdb86ca2aeed5f0c267a79d0e

BUTTERWORTH, 27 Nov — Polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian yang mampu mengaut keuntungan sehingga RM20,000 setiap hari selepas menyerbu sebuah apartmen di sini yang dijadikan pusat operasi dan panggilan sejak beberapa bulan lalu menerusi Op Dadu, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata serbuan pada jam 3.30 petang dibuat hasil intipan dan risikan sejak dua bulan lalu itu turut membawa kepada penahan empat lelaki warga tempatan berusia 25 hingga 29 tahun yang menjadi pekerja sindiket perjudian tersebut.

Katanya, kesemua suspek mendakwa baru bekerja di situ dan menerima gaji bulanan antara RM2,000 dan RM4,000.



“Modus operandi sindiket itu adalah dengan menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp secara rawak kepada semua nombor telefon tanpa mengira sama ada penerima mesej berminat dengan tawaran iklan tersebut dan jika ada yang berminat, mereka dikehendaki membalas setuju dan seterusnya perlu membuat bayaran ke dalam akaun bank sindiket yang dihantar kepada mereka.

“Apabila pelanggan membuat bayaran, mereka diberikan pengenalan (ID) dan seterusnya memuat turun jenis permainan judi dalam talian yang mereka mahu, seterusnya menyertai permainan itu dengan menggunakan ID yang diberi untuk menerima mata dalam bentuk kredit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya polis kini giat mengesan dalang utama sindiket tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

 



Naikkan cukai pada firma kaut untung ketika pandemik – IMF

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button