Biden rancang lantik Brian Deese terajui Majlis Ekonomi Negara
WASHINGTON, 30 Nov — Joe Biden berhasrat melantik eksekutif pelaburan Brian Deese sebagai penasihat utama ekonomi, lapor agensi berita Sputnik.
Deese pernah menjadi penasihat Rumah Putih semasa era pentadbiran Barack Obama.
Beliau dilaporkan bakal dinamakan sebagai pengarah Majlis Ekonomi Negara Rumah Putih pada minggu ini.
Menurut Politico.com individu lain yang turut akan dilantik untuk menganggotai pasukan ekonomi Biden, termasuk bekas Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan; Adewale Adeyemo (Timbalan Setiausaha Perbendaharaan); ahli ekonomi Princeton Cecilia Rouse (Ketua Majlis Penasihat Ekonomi); dan Neera Tanden (Pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB)).