Pelajar UiTM maut motosikal bertembung MPV

Pelajar UiTM maut motosikal bertembung MPV

Pelajar UiTM maut motosikal bertembung MPV
Pelajar UiTM maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah MPV di Persiaran Mokhtar Dahari, petang tadi. – Foto ihsan Polis

SHAH ALAM: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Persiaran Mokhtar Dahari di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima satu laporan mengenai kemalangan itu jam 5.50 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV jenis Toyota Estima itu sedang membelok ke kanan dari arah Puncak Alam ke stesen minyak di Persiaran Mokhtar Dahari yang terletak di sebelah kanan.



“Ketika kenderaan itu sedang membelok, datang sebuah motosikal jenis Honda RS-X dari arah Shah Alam tidak sempat membrek lalu merempuh MPV itu.

“Mangsa berusia 21 tahun yang juga pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi di UiTM Puncak Perdana disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM




Beliau berkata, mayat kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744,” katanya.

Pelajar UiTM maut motosikal bertembung MPV


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading