Bapa pilu lihat anak 4 tahun ditendang, ditampar pengasuh TASKA

Bapa pilu lihat anak 4 tahun ditendang, ditampar pengasuh TASKA

Bapa pilu lihat anak 4 tahun ditendang, ditampar pengasuh TASKA
Kesan lebam dipercayai dera oleh pengasuh taska berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang pengasuh wanita dirakam berkelakuan kejam terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang.

Dalam satu video tular dimuat naik, memaparkan perbuatan wanita terbabit yang dilihat menendang, menampar, menarik rambut serta memukul menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala mangsa di TASKA berkenaan.

Video rakaman litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak petang tadi.



Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak sanggup melihat rakaman video memaparkan anaknya ditendang, ditampar dan dipukul dengan pembaris berulang-kali.

“Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video anak ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM




“Malah, lebih memilukan ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul dengan pembaris berkali-kali,” katanya sebak.

Menceritakan kejadian itu, beliau berkata, sudah dua kali anaknya menjadi mangsa dera sejak bersekolah di TASKA berkenaan yang bermula pada Mac lalu.

Katanya, kejadian pertama dua minggu lalu selepas isterinya perasan terdapat kesan lebam di bahagian tangan anaknya sebaik diambil daripada TAKSA itu.

“Pada mulanya anak saya mengatakan dia dipukul oleh guru (pengasuh), namun mengubah dengan mengatakan kawan-kawannya yang pukul.



“Tetapi, seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak sebelum bertanya kepada pihak TASKA. Mereka hanya memberikan jawapan bahawa itu adalah perkara biasa kerana kemungkinan anak kami didakwa bergaduh dengan rakan-rakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…


Beliau berkata, mereka menerima jawapan itu dan menghantar anak seperti biasa ke TASKA terbabit sehinggalah anak mereka mengadu sakit di bahagian kepala.



“Semalam, sebaik menjemput anak kami di TASKA itu isteri saya mengusap ubun-ubun sebelum anak mengadu sakit di bahagian kepala.

“Isteri saya memeriksa bahagian itu dan terkejut kerana terdapat kesan luka di kepala, saya terus bertanya kepada pihak TASKA, namun mereka tiada jawapan mengenai kesan luka itu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia yang tidak dapat bersabar terus meminta untuk memeriksa CCTV di TASKA terbabit sebelum melihat rakaman anaknya didera dengan ditampar dan ditendang.

“Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku bagi mengelakkan lebih ramai kanak-kanak yang dihantar di TAKSA itu menerima nasib sama.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi dari Hero menjadi Zero , kini menjadi beban kepada PN


“Saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak TASKA ini.

“Anak saya kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mengenal pasti kecederaan dialami kesan daripada perbuatan kejam pengasuh itu,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata pengasuh TASKA terbabit membuat laporan polis selepas mendakwa dikasari oleh bapa mangsa.

Beliau berkata, pihaknya setakat ini menerima tiga laporan mengenai kejadian itu.

“Laporan itu daripada ibu mangsa, pengusaha dan pengasuh TASKA. Mangsa sudah dirujuk ke HQE II untuk pemeriksaan doktor.

“Setakat ini, dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bapa pilu lihat anak 4 tahun ditendang, ditampar pengasuh TASKA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading