Liga Inggeris terjejas ekoran penularan Covid-19

 

Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Burnley dan Watford terpaksa ditangguhkan tiga jam sebelum sepak mula susulan penularan COVID-19.

Tiga perlawanan Liga Kejuaraan membabitkan Reading-Luton, Millwall-Preston dan QPR-Swansea juga terpaksa ditangguhkan.

Bagaimanapun Liga Perdana menolak permintaan beberapa kelab di liga tertinggi Inggeris itu untuk menangguhkan perlawanan mereka minggu ini.

Bos Leicester Brendan Rodgers berang apabila perlawanan di laman sendiri menentang Tottenham tidak ditangguhkan sambil menuduh pengendali liga hanya melayan permintaan kelab-kelab besar.

Pertembungan antara Watford dan Crystal Palace Sabtu ini dijangka mendapat tempias selepas pembatalan aksi di Turf Moor.

Manchester United, yang aksi di Brentford dibatalkan Isnin lalu, masih berunding dengan Liga Perdana berkenaan perlawanan menentang Brighton di Old Trafford hujung minggu ini.

Red Devils dilaporkan mempunyai 19 kes positif, yang memaksa ibu pejabat mereka di Carrington ditutup Selasa lalu.

Liga Perdana Inggeris mengeluarkan kenyataan berkenaan penangguhan aksi Burnley. “Keputusan diambil mengikut garis panduan penasihat perubatan susulan penularan COVID-19 dalam skuad Watford.

“Liga Perdana memahami keputusan ini akan mengecewakan peminat yang hadir untuk perlawanan ini dan kami memohon maaf di atas keputusan pada saat akhir ini.

“Setiap keputusan dibuat berdasarkan kes, dengan kesihatan semua orang adalah keutamaan kami.”



– AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading