ULAR SAWA JADI GELANDANGAN PTGKL
Ular Sawa Gemparkan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur
Seekor ular sawa menggemparkan Pusat Transit dan Gelandangan Kuala Lumpur pagi ini.
Menurut Pengurus Operasi PTGKL, Tuan Syed Anas bin Dato Syed Ali, kehadiran reptilia tersebut disedari salah seorang staff PTGKL sekitar jam 7 pagi. Haiwan berkenaan menceroboh masuk ke ‘Kotak Agihan Kuasa’ TNB.
Laporan Pengurus Operasi PTGKL
Laporan kes ular sawa di PTGKL
1. En Fauzi memaklumkan beliau menjumpai seekor ular sawa terperangkap di dlm TNB Distribution Box PTGKL pada jam 6.55 pagi dan terus melaporkan kepada Pegawai Operasi.
2. En fauzi kemudian menghubungi 999 dan disambungkan kepada pihak APAM.Satu unit bantuan APAM seramai 6 orang telah datang untuk operasi menyelamat pada jam 8.15 pagi tetapi operasi tergendala berikutan ular tersebut telah berbelit pada kabel elektrik dalam kotak db tersebut.
3. Ptgkl telah menghubungi pihak tnb untuk proses ‘shut down’ elektrik bagi menjamin keselamatan semasa operasi menyelamat.
4. Ular sawa tersebut telah berjaya dikeluarkan oleh pihak APAM pada jam kurang lebih 11.30 pagi ini.
5. Ular sawa sepanjang 2.5 meter tersebut telah dibawa ke ibupejabat APAM oleh anggota APAM
6. Terdapat sedikit kerosakan dalam kotak db dan akan dilaporkan kepada pihak dbkl berikutan perkara ini
NAJIB RAZAK DIKECAM NETIZEN BENARKAN ‘ULAR’ MASUK RUMAH