Badan dunia tubuh dana pembinaan semula Lubnan


Emmanuel Macron Photo: Thierry Roge/BELGA/dpa

03/12/2020 05:45 PM

PARIS, 3 Dis — Presien Perancis Emmanuel Macron pada Rabu berkata Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk menubuhkan dana kemanusiaan bagi pembangunan semula Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

Macron membuat pengumuman itu semasa persidangan bantuan kemanusiaan kali kedua, secara maya, dianjurkan Perancis dan PBB, susulan bencana letupan 4 Ogos lalu yang memusnahkan pelabuhan Beirut dan menghancurkan sebahagian besar ibu negara itu.



Menurutnya bantuan yang dijanjikan pada 9 Ogos lalu telah disalurkan dan sejumlah EUR280 juta (US$339.4 juta) berjaya dikumpulkan.

Sebanyak 12,500 tan metrik tepung diagihkan kepada rakyat Lubnan dan 73,000 orang telah menerima bantuan kewangan manakala kira-kira 30 hospital dibekalkan peralatan perubatan dan 25,000 penduduk diberikan kemudahan tempat tinggal.

Macron berkata terdapat 20 peratus penduduk Lubnan hidup di bawah garis kemiskinan dan bantuan masih diperlukan.

Katanya, Lubnan perlu membentuk segera kerajaan bagi membolehkan pembangunan semula dibuat selain mendapatkan bantuan antarabangsa. Macron dijadual melawat Lubnan sekali lagi pada bulan ini.



Peristiwa 4 Ogos itu meragut sekurang-kurangnya 192 nyawa dan mencederakan lebih 6,000 orang, berlaku ketika negara berkenaan mengalami krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Venezuela tubuh pusat antarabangsa dengan undang-undang antisekatan lindungi pelaburan berskala Besar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button