Sze Fei-Izzuddin julang gelaran Terbuka AS
Sze Fei-Izzuddin julang gelaran Terbuka AS

BEREGU lelaki kebangsaan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berada di landasan terbaik untuk kembali ke prestasi lama selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.
ADVERTISEMENT
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Council Bluffs, Iowa itu, Sze Fei-Izzuddin tidak berdepan sebarang masalah apabila mudah menjinakkan beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-9, 21-10.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya gelaran Jelajah Dunia Super 300 itu menjadi permulaan terbaik buat mereka selepas kembali berganding Mei lalu.
“Saya percaya kejayaan ini akan menaikkan lagi tahap keyakinan mereka untuk terus berjuang, lebih-lebih lagi bagi mengembalikan semula sentuhan mereka yang hilang selepas berpisah sebelum ini.
“Bagi saya, ini adalah satu permulaan yang baik untuk mereka berdua. Saya harap mereka akan mengekalkan momentum ini menjelang kejohanan yang akan datang,” kata pengendali dari Indonesia itu.
Selain kembali menemui sentuhan, Sze Fei-Izzuddin turut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi beregu lelaki pertama negara memenangi Terbuka AS selepas kali terakhir dilakukan Datuk Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang pada 1992.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Perkara melibatkan Sanusi belum selesai” – Sultan Selangor
- Dua Menteri Besar PAS terkait skandal tanah jadi beban kepada PAS
- Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah
Untuk rekod, Sze Fei dan Izzuddin mengambil keputusan untuk berpisah awal tahun ini dan membawa haluan sendiri selepas mengakui sudah tidak ada kesefahaman antara mereka berdua.
Bagaimanapun, tidak sampai lima bulan berpisah, kedua-dua pemain itu mengambil keputusan untuk kembali berganding dalam usaha mereka melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.
Sementara itu, kemenangan di AS menjadi pembakar semangat buat beregu No. 53 dunia berkenaan menjelang Terbuka Korea yang akan berlangsung di Yeosu bermula hari ini.
Sze Fei-Izzuddin julang gelaran Terbuka AS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :