Bila Boneka-Boneka DAP Cuba Menjadi “Wali Politik”
Seperti kata orang tua tua, apabila sudah terdesak, tahi yang hanyut pun akan dijadikan tempat berpaut, Itu lah yang boleh diibaratkan dengan kienyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri untuk meletakkan kesalahan yang mereka lakukan kepada UMNO.
Sebagai bekas boneka DAP semasa dalam PH, yang mana telah gagal mengambil tindakan dalam beberapa kejadian yang menganggu gugat keselamatan Negara sedang cuba menjadi seorang yang paling bersih dalam dunia politik.
Secara sedar, selaku Presiden PPBM telah mengeluarkan kenyataan agar Menteri Besar sementara yang hilang sokongan Ahmad Faizal Azumu menyerahkan kerajaan negeri Perak kepada gabungan Umno, DAP.
Tidakkah PPPBM sedar bahawa satu ketika dahulu, mereka ini adalah boneka jitu kepada DAP yang mana langsung tidak sanggup mengangkat muka apabila kesalahan dilakukan oleh DAP. Mereka sebelum ini sudsah seumpama keldai dan agak ganjil bila mengatakan bahaw UMNO yang mempunyai sejarah 60 tahun dan tiada walau sekali bekerjasama dengan DAP.
PPBM Adalah Acuan Dari DAP – Kepentingan Rakyat adalah Nombor Terakhir Di Mata PPBM
Reaksi ini sekali gus telah menunjukkan bahawa setiap salah laku yang dilakukan oleh mana mana pemimpin PPBM keatas bidang kuasa mereka yang diperuntukkan tidak perlu disiasat dan dianggap kebal.
Sebagai seorang presiden beliau seharusnya melakukan satu bentuk siasatan menyeluruh terhadap tuduhan rakyat terhadap salahlaku seorang menteri besar yang merugikan kerajaan negeri Perak,
Agak malang semua ini tidak berlaku, seakan telah mendapat restu dan kesalahan pula diletakkan kepada UMNO sebagai melakukan pengkhianatan.
Mengulas isu pengkhianatan, adakah beliau dalam keadaan waras tatkala mengeluarkan kenyataan ini? Sedarkah beliau bahawa terdapat banyak pengkhianatan dilakukan oleh PPBM terhadap UMNO sebelum ini?
Ketika mula merayu sokongan, lembut gigi dari lidah, atas nama keikhlasan bangsa, seagama, UMNO dan seluruh Ahli Parlimen menyokong penuh PPBM sebagai Perdana Menteri, wahal ketika itu kerusi UMNO adalah majoriti.
Begitu juga sewaktu memilih Menteri Besar Perak, walaupun BN mempunyai 25 kerusi atas nama setiakawan sokongan penuh terus diberikan.
Belum lagi cerita pemilihan Ketua Menteri Sabah, sokongan yang serupa juga diberikan, tetapi apa yang BN dapat hanya pengkhianatan dari PPBM.
Begitu juga dengan PAS, setelah mendapat kerusi empuk segala yang UMNO BN lakukan selama ini hilang dari ingatan mereka, Malah sudah bertindak melangkaui Piagam Muafakat Nasional.
Harus diingatkan Muafakat Nasional diwujudkan atas air mata umat Islam yang percaya kepada kepimpinan PAS dan UMNO. Kewujudan PN adalah hasil sokongan MN. Sikap PAS sekarang sudah saling tak tumpah seperti “Belanda mendapat tanah dan telunjuk lurus kelingking berkait”- Ini satu pengkhianatan terhadap umat Islam sebenarnya.
Usul Percaya terhadap MB Perak telah memperlihatkan siapa PAS dan PPBM yang sebenarnya. PAS mungkin kurang waras agaknya ketika menerima sokongan dari BN/ UMNO dalam tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pengkhianatan PAS bukan sekali terhadap BN/UMNO malah sudah berkali-kali. Begitu juga dengan PPBM, Jadi dari mana datangnya isu mengatakan bahawa BN/UMNO telah khianat kepada PN hanya kerana mahu menukar seorang Menteri Besar yang ‘bermasalah’ dan tidak boleh menjalankan tugas dengan baik.
Apakah PPBM masih lagi angkuh dengan kenyataan putar belit mereka menipu rakyat, bersyarat syarat, lain yang dijanjikan lain pula yang dilakukan. Seharusnya PPBM mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.
Kejaian yang berlaku memperlihatkan betapa mudahnya PPBM dijatuhkan di Perak, maka tidak mustahil diperingkat pusat juga akan berlaku, Sesiapa juga tidak akan tahan melihat dasar dasar kleptokrasi yang menjadi amalan dan menyusahkan rakyat.