China seru bantu ringankan penderitaan Afrika


State Councilor and Minister of Foreign Affairs of the People’s Republic of China Wang Yi as co-chaired of the Special ASEAN-China Foreign Ministers’ Meeting on the Novel Coronavirus today.

05/12/2020 05:24 PM

BEIJING, 5 Dis — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu lebih proaktif membantu mengatasi masalah ekonomi dan sosial yang dihadapi Afrika bagi meringankan beban penderitaan yang membelenggu negara-negara di benua itu, kata Menteri Luar China, Wang Yi pada Jumaat.

Selaku wakil khas Presiden Xi Jinping, Wang Yi berkata dunia kini mengalami krisis meruncing akibat penularan wabak COVID-19 yang bukan sahaja menjejaskan ekonomi malah kehidupan sosial masyarakat.



“Ini memberikan kesan buruk kepada politik, pembangunan ekonomi dan masyarakat negara-negara Afrika, malah keamanan dan keselamatan di benua itu terdedah kepada pelbagai cabaran baharu,” ujar beliau pada persidangan video mengenai kolaborasi PBB dengan Kesatuan Afrika (AU).

Lantaran itu katanya di masa-masa mencabar ini perpaduan semua pihak sangat penting untuk mengekang wabak daripada terus merebak selain memberi sokongan padu kepada rakyat Afrika menguatkan sistem kesihatan dan keselamatan.

Selain itu, sokongan padu juga diperlukan oleh warga di benua Afrika untuk membangunkan negara yang aman serta stabil supaya mereka juga dapat bersama-sama menikmati hasil tadbir urus global.

Beliau berjanji, China akan terus menghulurkan bantuan kepada rakyat Afrika dan bergandingan membina komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.



AS sangkal tuntutan China ke atas Laut China Selatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button