JDT ucap takziah atas pemergian ahli keluarga Syafiq Ahmad


Sumber FB Johor Southern Tigers

06/12/2020 12:35 PM

JOHOR BAHRU, 6 Dis — Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan salam takziah kepada penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Muhammad Syafiq Ahmad dan keluarganya, atas pemergian anak lelaki, ibu mertua dan pembantu rumahnya, selepas terlibat kemalangan di Pulau Pinang, awal pagi tadi.

“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” titah baginda dalam satu hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Pemilik Kelab JDT itu juga turut menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan kemalangan itu bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga.

Dalam kejadian pada pukul 5.36 pagi itu, bayi lelaki Syafiq berusia 22 hari, ibu mertuanya Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumahnya iaitu wanita warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an, maut dalam kemalangan itu manakala penyerang JDT berusia 25 tahun itu bersama anak perempuannya Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan.

Isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, pula dilaporkan cedera parah.

Allahyarham Mohd Khusairi pemimpin yang ambil berat kepentingan semua

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker