Zahid Hamidi hadir mesyuarat khas UMNO Perak

05/12/2020 10:10 PM

IPOH, 5 Dis — Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir ke mesyuarat khas Perhubungan UMNO Perak malam ini.

Turut kelihatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan bekas MT UMNO Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.



Mesyuarat yang dijadual bermula 9 malam ini itu dipengerusikan Datuk Saarani Mohamad yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Ia dipercayai bagi membincangkan isu berkaitan penubuhan kerajaan negeri selepas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam undian terhadap usul yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) itu, Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

Dalam perkembangan terbaharu, Ahmad Faizal mengumumkan bahawa beliau telah menyembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar dan seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 3 petang tadi.



NAJIB RAZAK DAN ZAHID HAMIDI DIPUJI RAKYAT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button