“Besar Pasak dari Tiang, Besar Sendal Dari Gelegar” UMNO Putuskan Undi Percaya

Kemelut politik dalaman negeri Perak akhirnya terurai apabila undi percaya diperbutkan dalam sidang DUN Perak yang telah menghasilkan satu keputusan yang amat mengejutkan  dan mengegarkan dunia politik semasa.

Sekongan yang diterima oleh seorang menteri besar sekali gus menunjukkan sesuatu yang besar telah berlaku dalam urustadbir negeri. Julung kalinya sesuatu usul percaya dibentangkan bagi tujuan untuk mendapat kepastian sokongan yang ada terhadap seorang menteri besar.

Semuanya berakhir sudah, apa yang pasti ialah perletakan jawatan jawatan  menteri besar sudah pun dilaksanakan.

Berhadapan dengan situasi sedemikian, UMNO  yang mempunyai 25 kerusi sokongan dalam kerajaan Perak mengharapkan rakan dari gabungan Perikatan Nasional menyokong dalam pembentukan sebuah kerajaan dan perlantikan seorang menteri besar.

Awalnya, PAS dan PPBM secara terang telah mengeluarkan kenyataan masing masing dengan tidak menyokong UMNO dalam krisis politik di Perak. Mereka bersikap angkuh dan terlupa dalam Perikatan Nasional itu wujud hanya kerana sokongan UMNO dan Barisan Nasional.

Menteri Besar Perak Berhadapan Dengan Cabaran Besar

Sebenarnya UMNO sudah bosan dengan sikap PAS dan PPBM, UMNO dilayan bukan sebagai pemegang majoriti tetapi penuh dengan pembulian, UMNO hanya dianggap pelengkap syarat sahaja dan mengutamakan idea dan  pandangan  dari UMNO  jauh sama sekali.

Pada masa yang sama, DS Ahmad Zahid pula bijak mengambil peluang dengan berkata UMNO terbuka berunding dengan sesiapa pun termasuk PH sekiranya jajaran awal (PN) tidak dapat dipertahankan lagi susulan sikap angkuh pemimpin PAS dan PPBM.

Tersentak dengan kenyataan ini telah menyebabkan mereka dikalangan PAS dan PPBM mula sedar realiti sebenar kedudukan mereka dalam Perikatan Nasional.Mereka mungkin lupa seketika mendapat kerusi empuk yang menengelamkan pinggul serta dengan imbuhan bulanan yang tidak pernah mereka kecapi selama ini.

Selama ini juga mereka lupa bahawa pengorbanan UMNO dalam sokongan terhadap kesinambungan politik mereka telah diberikan secara ikhlas tanpa basa basinya. Sikap setiakawan yang tidak boleh langsung PAS dan PPBM pertikaikan.

Sebagaimana peribahasa orang tua- tua dahulu, “Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga” akhirnya mereka sedar hakikat terwujudnya Perikatan Nasional adalah hasil kesetiaan yang diberikan oleh UMNO. Bukan dari mulut dan pandangan dari mereka yang hanya melihat laba dihadapan mata.

UMNO Perak dalam mengambil keputusan untuk mengusulkan undi percaya setelah banyak pemerhatian dan kajian dilakukan dan melihat bahawa tindakan yang diambil itu bukan satu kesalahan malah ianya menguntungkan rakyat dan melepaskan rakyat dari kegelisahan yang berpanjangan.

Sikap pemimpin terdahulu Perak saling tak ubah seperti “Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar” telah menyebabkan banyak harta dan tanah kerajaan djarah tanpa ada sedikit pun rasa simpatinya.

Rakyat berpendapat bahawa situasi ini amat membimbangkan dan sesuatu tindakan seharusnya diambil demi meyelamatkan sebuah negeri yang telah dilabelkan sebagai “Perak For Sale” dikalangan Konglomerat.

Rata rata dikalangan mereka hanya menunggu peluang dan ruang yang ditawarkan sahaja  dimana kebanyakannya dibawah harga pasaran. Siapa yang tidak mahu. Kerakusan inilah amat membahayakan sebuah negeri dan rakyatnya.

Rakyat seharusnya sedar bahawa tindakan yang diambil oleh UMNO bukan untuk mengambil laba dalam seperti yang diperkatakan, UMNO melihat kegusaran rakyat, kegelisahan rakyat harus ditangani diambil peduli terlebih dahulu.

Malah tindakan UMNO Perak hanyalah sekadar untuk menyedarkan rakyat agar “anak harimau jangan dibela” demi keselamatan masa depan rakyatnya.

Cukuplah sikap “Air mudik sungai, semua teluk diranai” menjadi pengajaran bagi rakyat Perak. Jadikan UMNO sebagai sebuah parti yang mana sejak dahulu tidak pernah meminggirkan nasib rakyat.

Semenjak jatuhnya sebuah kerajaan UMNO / Barisan Nasional, Kehidupan rakyat tidak seperti sebelumnya. Oleh itu setiap kejadian adalah dengan izin Allah agar ianya menjadi iktibar kepada semua. Bahawa Allah pemberi Nikmat, rahmat kepada kehidupan kita jika kita sentiasa bersyukur.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker