Keadilan ditegakkan, Ku Nan dilbebaskan tuduhan rasuah RM1 juta

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor, atas tuduhan rasuah RM1 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah itu hari ini selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah, mereka tidak mahu meneruskan kes terhadap Tengku Adnan

Perbicaraan kes itu sepatutnya bersambung hari ini.

Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa menerima RM1 juta daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon untuk meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd ( kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk meningkatkan nisbah plot industri sebidang tanah di Jalan Semarak.

Perbuatan itu dikatakan dilakukan di CIMB cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 Disember 2013.

Tuduhan terhadap Tengku Adnan adalah dibuat mengikut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan diterima.

Sebelum ini, Tan didenda RM1.5 juta olh mahkamah atas tuduhan alternatif bersubahat dengan Tengku Adnan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Ketika prosiding pagi tadi, timbalan pendakwa Raya, Julia Ibrahim, memohon perintah untuk “melepas tanpa membebaskan” Tengku Adnan kerana SPRM perlu melakukan siasatan lebih lanjut mengenai kes itu.

“Kami tidak pasti berapa lama SPRM perlu menyiasat ‘perkembangan baru’ ini.

“Pihak pendakwaan akan memutuskan sama ada akan meneruskan pendakwaan selepas isu baru tersebut diselesaikan,” katanya.

Peguam Tan Hock Chuan berkata, Tengku Adnan harus diberi pembebasan sepenuhnya.

“Dia didakwa di Mahkamah Sesyen pada 15 November 2018, dan pertuduhan itu tergantung selama lebih dua tahun.

“Pihak pendakwaan tidak memberitahu berapa lama mereka perlu menyiasat ‘perkembangan baru’ ini,” katanya.

Tan berkata, SPRM seharusnya menyiasat kes Tengku Adnan sebelum beliau didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Tengku Adnan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Tinggi lain, yang mana dia didakwa menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong pada 2016.

Mahkamah menetapkan 21 Disember ini untuk keputusan kes itu.

Leave a Reply

%d bloggers like this: