ELFIRA LOY KONGSI KISAH PERTEMUAN, DEDAH SUAMI KENA HAFAL SURAH AL-MULK SEBELUM NIKAH

Baru-baru ini, pelakon Elfira Loy ada berkongsikan mengenai pertemuan dan perkenalan dengan suaminya, Faris Khairol Anuar sebelum mendirikan rumah tangga yang kini sudah memasuki tahun kedua.

Menerusi Insta Story, Elfira dilihat ada menjawab pertanyaan peminat dan tidak lokek berkongsikan kisah romantis disebalik pertemuan mereka satu ketika dahulu.

Menurut Elfira, kali pertama dia bertemu Faris pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 pada 2013. Malah, Faris turut memuat naik foto mereka di Twitter dan berterima kasih kepada Datuk Aznil Nawawi yang mempertemukan mereka.



Elfira turut berkongsikan, rakan baiknya Anis yang juga anak kepada pelakon Rosyam Nor turut mendoakan agar dia dan Faris bertemu jodoh.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Elfira turut berkongsi cerita dia jatuh hati pada suaminya selepas mendengar Faris membaca surah Al-Mulk yang juga merupakan surah kegemarannya.



Bukan itu sahaja, Elfira mendedahkan ibunya turut memberi syarat kepada Faris supaya menghafal surah al-Mulk terlebih dahulu jika mahu berkahwin dengan anaknya.

Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober tahun lalu.

Image_3.jpg

ELFIRA LOY BERGELAR USAHAWAN SAMBAL – GEMBIRA 2000 BALANG TERJUAL DUA MINGGU



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button