SEOUL, 7 Dis — Penyanyi popular Korea Selatan Chungha pula disahkan positif COVID-19, ketika gelombang jangkitan kini menular ke dalam industri K-pop.
“Selepas menyedari dirinya mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19, Chungha jalani ujian saringan dan disahkan positif pada Isnin,” lapor Agensi Berita Yonhap memetik pengumuman MNH Entertainment yang disiarkan di laman peminat.
Menurut pengumuman itu, penyanyi berkenaan telah menangguhkan semua aktivitinya dan menjalani kuarantin kendiri. Ada sebahagian kakitangan, rakan dan kontak rapat penyanyi itu sudah menjalani ujian selebihnya akan diuji dalam masa terdekat.
Chungha, antara artis solo wanita paling laris dalam industri K-pop, dijadualkan melancarkan single “X” pada Khamis sebelum melancarkan album penuh pertamanya “Querencia” bulan depan.
“Saya amat kesal dan memohon maaf. Saya telah berusaha untuk berhati-hati, mungkin saya perlu lebih berhati-hati,” kata Chungha dalam satu catatan. “Saya akan kembali selepas pulih sepenuhnya.”
Sebelum ini, beberapa penyanyi K-pop, termasuk anggota UP10TION dan EVERGLOW turut disahkan dijangkiti virus itu.
"Saya bersyukur keputusan ujian calitan dibuat dua hari lalu menunjukkan saya bebas COVID-19. Saya akui, tidak senang duduk apabila memikirkan kesan pada kemudian hari sepanjang dua hari ini. "Saya tinggal bersama orang tua dan ada kala, anak saudara yang masih kecil juga berada di rumah. Mereka adalah golongan yang berisiko…
Penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M Nasir kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas disahkan positif COVID-19.Berita sedih berkenaan disahkan isterinya, Datin Marlia Musa ketika dihubungi BH Online."Ya benar, Datuk M Nasir positif COVID-19. Suami sekarang sedang berehat dan menjalani proses kuarantin di rumah," katanya.Marlia berkongsi, suaminya dikesan…
Penyanyi Janji Manismu, Aishah, 56, mengesahkan dirinya positif COVID-19, petang ini.Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, keputusan diperoleh selepas menjalani ujian COVID-19, semalam."Selepas melakukan ujian Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta, hanya saya seorang disahkan positif COVID-19."Doktor menyarankan saya segera ke hospital untuk…