PJ City sasar kedudukan liga terbaik Liga Super 2021

07/12/2020 08:41 PM

PETALING JAYA, 7 Dis — Pasukan Lembah Klang, Petaling Jaya FC (PJ City FC) telah menetapkan sasaran tinggi untuk menamatkan saingan Liga Super 2021 di tempat kelima terbaik.

Pemilik kelab itu Datuk Seri Vijay Eswaran yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan QI yakin, bekas legenda Selangor P.Maniam yang dilantik sebagai ketua jurulatih yang baru, akan menukarkan pasukan itu sebagai pencabar Liga Super.

Beliau berkata perkara itu adalah berdasarkan kepada rekod baik Maniam yang sebelum ini berjaya membimbing ramai pemain muda dari skuad Piala Remaja (Bawah-19) dan juga pasukan Piala Presiden (U-21), bermain pada tahap tertinggi.



“Saya percaya yang kita perlu berikan mereka (pemain tempatan) peluang, selain melahirkan lebih ramai pemain daripada melaburkan wang (yang banyak), untuk mengambil pemain import,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Kumpulan QI di sini hari ini.

“Walaupun kami membayar pemain dengan gaji tertinggi, ia tidak akan menjamin kemenangan untuk pasukan kami. Kami percaya dengan kerja kuat dan latihan yang betul serta displin yang bagus, ia akan membantu kami untuk membangunkan pasukan kami,” katanya.

PJ City FC baru-baru ini mengumumkan yang mereka hanya akan membariskan pemain tempatan pada Liga Super musim hadapan.

Sementara itu, Vijay turut mengumumkan pelantikan bekas jurulatih akademi remaja Manchester City Steven Jackson, dengan kontrak dua tahun (satu tahun dengan pilihan tambahan satu tahun lagi) untuk membangunkan dan membimbing lebih ramai pemain muda daripada skuad pembangunan pasukan itu, iaitu pemain dari Piala Presiden dan Piala Remaja.



“Kami mempunyai kira-kira enam minggu untuk menyediakan pasukan dan dari situ kami akan melihat pemain mana yang akan diberikan peluang untuk bermain pada perlawanan pertama Liga Super 2021,” katanya.

“Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk bersaing dengan pasukan lain yang mempunyai pemain import yang bagus,” kata Maniam yang mengantikan K.Devan yang dilantik sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan.

PJ City menamatkan penampilan pertama mereka di Liga Super 2019 di tempat kelapan dan musim lepas di tempat ketujuh.

ZURAIDA SAHKAN BEKAS PKR BELUM SERTAI BERSATU, SIAPA AKAN KORBANKAN JAWATAN UNTUK BERI KEPADA BEKAS PKR?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker