PPBM,PAS DERHAKA KEPADA TITAH SULTAN PERAK?

PAS Lebih ‘TAKUT’ Kepada Presiden PPBM, Engkar Titah Sultan Perak?

Sultan Perak

Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak untuk wakil PAS datang mengadap Baginda tidak diendahkan. Difahamkan Baginda Tuanku Sultan Nazrin telah menitahkan agar Pas menghantar wakil bagi mengadap Baginda bagi menyelesaikan kemelut politik Perak.

Sebelah pagi tadi Presiden Umno, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadap Tuanku Sultan bagi mempersembahkan nama untuk pelantikan Menteri Besar Perak yang baru. Menteri Besar sebelum ini, Dato Seri Faizal Azumu kalah dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau telah menyerahkan surat letak jawatan kepada Sultan Nazrin Shah.

Menurut laporan sebuah PORTAL, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyatakan pihaknya masih menunggu keputusan PAS Pusat berkaitan sokongan PAS kepada Umno dalam hal pelantikan MB Perak yang baru.

Nampaknya PAS kini lebih ‘Gentar’ dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia berbanding menghormati titah Tuanku Sultan Perak. Turut tersebar di media sosial sekeping foto menunjukkan bekas MB Perak, Peja Azumu kelihatan bersama dengan Presiden PPBM, Setiausaha Agung PPBM, Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS di lokasi yang tidak diketahui.

Pemuda UMNO Sokong Penuh Titah YDP Agong, Fokus Agenda Bantu Rakyat

 

PAS TIDAK MENGADAP SULTAN PERAK

Pemuda UMNO Sokong Penuh Titah YDP Agong, Fokus Agenda Bantu Rakyat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker