Tiga jurulatih ‘berpisah’ dengan BAM


Gambar fail: Wong Pei Tty (kiri) dan Chin Eei Hui

07/12/2020 11:28 PM

KUALA LUMPUR,7 Dis — Tiga jurulatih negara — Chin Eei Hui, Wong Pei Tty dan Rosman Razak, telah meninggalkan struktur kejurulatihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini.

Menurut kenyataan Persatuan badminton Malaysia (BAM), hari ini, kontrak Ee Hui dan Pei Tty sebagai jurulatih beregu wanita tidak disambung manakala Rosman, selaku jurulatih skuad beregu lelaki, meninggalkan skuad negara atas persetujuan bersama.



“Mereka kini sedang bercuti dan kontrak mereka akan tamat hujung bulan ini,” kata BAM.

“Semua di BAM mengucapkan terima kasih kepada Rosman, Eei Hui dan Pei Tty atas sumbangan mereka kepada pasukan kebangsaan dalam beberapa tahun ini dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” menurut kenyataan itu.

BAM, MJF terima anugerah penghargaan Kerajaan Jepun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker