Piala AFF Suzuki 2020 ditangguh ke 2021


Major Jeneral Khiev Sameth

07/12/2020 11:25 PM

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan berlangsung bulan ini ditangguhkan ke Disember 2021, kerana situasi COVID-19.

Presiden Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) Major Jeneral Khiev Sameth dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini berkata, keputusan itu dibuat badan induk itu selepas mengambil perhatian terhadap kesihatan dan keselamatan semua pihak.



Beliau berkata, walaupun terdapat perkembangan positif berkaitan penemuan vaksin COVID-19, AFF membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dengan meneruskan kejohanan itu mengikut jadual asal.

“Memandangkan kepada kompleksiti dalam penganjuran acara dan ramai orang dan organisasi yang terkesan dengannya, AFF percaya dengan mengambil cara pragmatik dan membuat satu keputusan yang awal yang membolehkan pemegang taruh pada acara itu mempunyai masa yang yang mencukupi untuk menyusun semula aktiviti mereka,” katanya.

Sameth juga menyatakan tarikh baru Piala AFF Suzuki 2020 kini akan berlangsung dari 5 Dis 2021 hingga 1 Jan 2022, akan dapat disesuaikan dengan jadual padat kejohanan bola sepak tahun hadapan.

Pada awalnya kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan diadakan dari 23 Nov ke 31 Dis 2020, namun ditangguhkan ke 11 April ke 8 Mei 2021 akibat pandemik COVID-19.



Malaysia pernah menjuarai Piala AFF Suzuki itu di bawah bimbingan bekas jurulatih Datuk K. Rajagobal pada 2010, yang ketika itu dianjurkan oleh Indonesia dan Vietnam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker