MKT UMNO setuju sebulat suara Saarani calon MB Perak


Datuk Saarani Mohamad

08/12/2020 12:06 AM

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju sebulat suara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad, dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Perkara itu disahkan ahli MKT Datuk Zahidi Zainul Abidin yang berkata pencalonan Saarani dipersetujui sebulat suara.



Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada pencalonan Saarani sebagai Menteri Besar Perak ke-14, dipersetujui mesyuarat MKT malam ini.

Bagaimanapun, ahli MKT lain yang turut temui pemberita selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam di Menara Dato’ Onn malam ini, tidak memberikan sebarang komen.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, turut hadir pada mesyuarat malam ini, dikatakan antara calon Menteri Besar Perak daripada parti itu susulan peletakan jawatan ADUN Chenderiang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, selepas gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Jumaat lalu.

Saarani akan hadir ke mesyuarat khas MT UMNO malam Isnin




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading