Venezuela: Maduro kembali kuasai Parlimen


Nicolas Maduro (Photo: DPA)

07/12/2020 07:47 PM

ANKARA, 7 Dis — Pilihan raya Venezuela yang berlangsung pada Ahad menyaksikan Presiden Nicolas Maduro kembali menguasai Parlimen, selepas parti PSUV (Parti Sosialis Bersatu Venezuela) memperoleh 67.6 peratus undi.

Menurut pengumuman Majlis Pilihan Raya (CNE) pada Isnin sebanyak 82.35 peratus undi telah dikira daripada lebih 5.2 juta undi, mewakili hanya 31 peratus pemilih berdaftar dalam pilihan raya yang diboikot parti pembangkang utama, lapor Agensi Anadolu.

Pilihan raya melibatkan sekitar 14,000 calon bertanding itu telah memberi kuasa kepada Maduro untuk mengetuai Parlimen yang mempunyai 227 kerusi.

Timbalan yang dipilih akan memegang jawatan bermula 5 Januari 2021 untuk tempoh lima tahun.

Venezuela sedia adakan pilihan raya Parlimen 6 Dis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker