Serangan penggodam kian canggih, ancam lebih banyak teknologi – Pakar IT

MOSCOW, 7Dis — Serangan penggodam yang kian canggih dan berkembang boleh mencetuskan risiko ancaman lebih meluas kepada teknologi, kata ketua syarikat keselamatan teknologi maklumat (IT) Kaspersky Lab, Eugene Kaspersky, dalam satu temu bual bersama Sputnik.

“Serangan akan berkembang dengan lebih rumit, semakin banyak teknologi akan diserang, apa dan bagaimana – bukan kita yang dapat menentukannya,” kata Kaspersky.

Kaspersky berkata beberapa aliran lain, seperti jenayah siber juga akan berleluasa, munculnya “cybergangs” yang sangat profesional serta peningkatan serangan siber terhadap infrastruktur.

Pakar IT tidak pasti sama ada pertumbuhan harga Bitcoin akan mendorong kepada lebih banyak serangan kerana pada asasnya penjenayah tidak bergantung kepada harga Bitcoin.

Dengan kemunculan pelbagai aliran teknologi baharu, seperti blok rantai, internet benda, pembelajaran mesin, dan peningkatan automasi, sistem keselamatan yang ketat semakin penting , kerana penjenayah tahu mereka boleh mendapat keuntungan dengan melakukan aktiviti haram dan hanya perlu perbaiki apa yang mereka sedang lakukan sekarang.

Bekerja dari rumah: Sukar untuk asingkan kerja dengan aktiviti peribadi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker