Lelaki dikhuatiri lemas tergelincir ketika baiki jeti Tanjung Balau

11/12/2020 12:37 PM

JOHOR BAHRU, 11 Dis — Seorang lelaki warga tempatan dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir dari perancah ketika sedang melakukan kerja-kerja membaiki Jeti Tanjung Balau, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, PPgB Mohd Fadli Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang menimpa mangsa, Mohd Zulfikrie Buang, 24, pada pukul 5 petang.



Susulan itu, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamatkan mangsa dengan operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Semalam, cuaca hujan dan laut bergelora berserta angin kuat sekali gus menyukarkan misi mencari dan penyelamat.

“Bagaimanapun operasi diteruskan hari ini dengan kawasan carian meliputi pinggir pantai Jeti Nelayan Tanjung Balau, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan tindakan susulan sedang dibuat untuk meneruskan pencarian mangsa.



Kereta api tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button