Mavcom lulus 57 permohonan ATR pada suku kedua 2023

Mavcom lulus 57 permohonan ATR pada suku kedua 2023

Mavcom lulus 57 permohonan ATR pada suku kedua 2023
Datuk Seri Saripuddin Kasim

SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (Mavcom) meluluskan 57 permohonan Hak Trafik Udara (ATR) pada suku kedua 2023, yang terdiri daripada 45 laluan udara antarabangsa dan 12 laluan domestik.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan semalam berkata, berasaskan tahun ke tahun, permohonan ATR meningkat sebanyak 87.5 peratus pada suku kedua 2023 berbanding suku kedua 2022, menandakan momentum yang lebih kukuh dalam sektor penerbangan.

“Ketika industri penerbangan meneruskan pemulihannya, Mavcom turut melaporkan penurunan permohonan ATR sebanyak 11.7 peratus pada suku kedua 2023 berbanding suku pertama 2023,” katanya.



Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, suruhanjaya itu sudah meluluskan ATR untuk pelbagai destinasi baharu dan mewujudkan penyambungan kepada hab-hab penerbangan baharu.

“Langkah-langkah ini diambil secara khususnya untuk meningkatkan kesalinghubungan udara, merangsang pertumbuhan ekonomi dan memangkin pemulihan sektor penerbangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang



AirAsia dan syarikat subsidiari logistiknya, Teleport sudah menerima 16 ATR untuk laluan udara antarabangsa dan domestik, mewakili 28 peratus daripada 57 ATR yang diberikan Mavcom, sekali gus menunjukkan bahawa AirAsia memperoleh jumlah kelulusan tertinggi pada suku berkenaan.

Pada suku yang dikaji, Batik Air diberikan kebenaran untuk melakukan penerbangan ke destinasi-destinasi baharu termasuk Tashkent, Uzbekistan dan Okinawa, Jepun melalui Taipei, manakala AirAsia X menerima ATR untuk menyediakan perkhidmatan laluan udara ke Almaty, Kazakhstan.

Pada masa yang sama, Teleport menerima ATR untuk laluan udara di Hong Kong dan sektor utama di Malaysia Timur iaitu Kota Kinabalu, Kuching dan Tawau.



Selaras dengan strategi Malaysia Aviation Group untuk membangunkan Kota Kinabalu sebagai hab serantau bagi Firefly, kelulusan ATR diberikan untuk penerbangan syarikat itu dari Kota Kinabalu ke Narita dan Taipei pada Mei 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

Selain itu, Mavcom meluluskan ATR MYAirline ke destinasi di Indonesia, Vietnam dan Thailand, sekali gus meluaskan kesalinghubungan udara Malaysia dalam rantau Asean.



Berikutan kelulusan ATR yang diberikan, MYAirline mula beroperasi ke Bangkok, Thailand sejak Jun 2023, kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan dikehendaki menggunakan ATR yang diperuntukkan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh kelulusan ATR untuk mengelakkannya tamat tempoh.

Mavcom lulus 57 permohonan ATR pada suku kedua 2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading