RUU 355, DAP bakal batalkan MoU jika diluluskan?

 

Adakah Democratic Action Party (DAP) yang menentang RUU 355 akan bertindak membatalkan MoU dengan kerajaan sekiranya ia diluluskan di Parlimen?

Berdasarkan kegusaran yang disuarakan Setiausaha Agung DAP di RoketKini, beliau menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat bila Menteri dari PAS mengusulkan Undang-Undang Syariah.

Melihat pada sidang parlimen yang disiarkan, walau MoU telah ditandatangani bersama Kerajaan dan Pakatan Harapan, ia seolah tidak berlaku langsung. Pertikaman lidah yang menjurus ke arah pertengkaran dan bukan muafakat penyelesaian sangat ketara.

 

 

Meletakkan MA63 sebagai keutamaan DAP, sebenarnya melucukan semua pihak. Ketika DAP bersama Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan, apa yang mereka lakukan untuk Sabah dan Sarawak? 

Pakatan Harapan sendiri yang mengengkari manifesto mereka ketika itu dalam hal melibatkan Sabah dan Sarawak tetapi kini mahu menuding jari kepada kerajaan?

 

 

Menurut YAB Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri sebelum ini telah menyatakan kerajaan sedang menyediakan draf Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (RUU 355). 

Apa pendirian DAP dalam hal RUU 355? Mereka perlu menjelaskan pendirian samada akan menyokong RUU tersebut atau terus menentang dengan alasan hak asasi kebebasan beragama? 

Sebenarnya DAP tidak perlu menggunakan alasan tersebut jika mereka benar-benar memahami Perlembagaan Negara (perkara 11).

Malangnya mereka memanipulasi isu RUU 355 untuk kepentingan politik dalam mengekalkan sokongan bukan Islam.

 

 

Leave a Reply