Lelaki maut dilanggar keretapi

foto hiasan

 

Seorang lelaki maut selepas dilanggar kereta api di Kilometer 4.5 landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kawasan Perusahaan Perai dekat Kampung Jawa, di sini, malam tadi.

Pada kejadian 8.20 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 40-an itu yang parah, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai dilanggar kereta api dari arah Butterworth menghala Bukit Mertajam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk tujuan saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat.

“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah yang dikesan dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

metro




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading