Tanah runtuh Simpang Pulai – CH bukan dalam Pahang

Tanah Runtuh Simpang Pulai- Cameron Highlands

 

KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG

Tanah runtuh hingga penutupan jalan Simpang Pulai tidak babitkan daerah Cameron Highlands

Saya kesal dengan beberapa hantaran dalam media sosial mengaitkan kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan penutupan jalan Simpang Pulai-Blue Valley ketika ini, adalah dalam daerah Cameron Highlands.



Sebaliknya, kejadian tanah runtuh itu ialah di KM 43.95 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang berada dalam daerah Kinta, Perak akibat kegagalan cerun. Susulan itu, laluan berkenaan ditutup sepenuhnya sejak semalam.

Saya juga kesal dengan paparan video di media sosial mengaitkan banjir lumpur yang kononnya turut berlaku di Cameron Highlands sedangkan ia berlaku di tempat lain.

Saya berharap dengan penjelasan ini, rakyat tidak terkeliru dengan apa yang sebenarnya berlaku khususnya yang melibatkan kawasan popular seperti tanahtinggi Cameron Highlands.


DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
19 September 2021

Leave a Reply