China laksana suntikan vaksin COVID-19 babitkan dua fasa

20/12/2020 03:44 PM

BEIJING, 20 Dis — China akan melaksanakan suntikan vaksin COVID-19 menerusi dua fasa dengan keutamaan diberikan kepada golongan berisiko tinggi, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Petugas jabatan itu Cui Gang berkata menerusi fasa pertama mereka yang bakal menerima suntikan termasuk petugas dalam sektor rantai sejuk beku import, pemeriksaan kastam, pemanduan kapal, kru kapal terbang dan pekerja di pasar basah, pengangkutan awam serta agensi perubatan.



Selain itu, katanya mereka yang bertugas atau belajar di negara dan kawasan berisiko tinggi juga termasuk dalam fasa pertama.

Fasa kedua pula membabitkan orang ramai berdasarkan pendaftaran rasmi vaksin di pasaran dan peningkatan jumlah pengeluarannya.

Cui berkata pihak berkuasa di pelbagai kawasan sedang berusaha untuk memberikan lebih banyak kemudahan kepada orang awam mendapatkan suntikan vaksin.

Sehingga kini, lebih sejuta penduduk di negara ini sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan mereka dilaporkan berada keadaan baik dan tidak menunjukkan gejala negatif.



Di samping itu, ujian klinikal fasa ketiga yang dijalankan di luar negara juga berjalan lancar.

Setakat ini seramai 75 ribu orang sudah menerima 150 ribu dos vaksin buatan China.

Tiada risiko keselamatan serius ditemukan sepanjang proses ujian dijalankan sekali gus membuktikan keselamatan vaksin dihasilkan China adalah terjamin.

Maut selepas disuntik vaksin, Perdana Menteri Korea Selatan arah siasatan menyeluruh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button