HAEL KECEWA LAGUNYA LAYAK KE AJL35 DIPERTIKAI: “TAK KAN SAYA NAK SANGKAL JURI”
“Sejujurnya saya rasa kecewa dengan pelbagai kecaman dan tohmahan yang tidak berasas daripada netizen mengenai tiga lagu saya layak ke AJL. Saya tidak tahun berapa kali saya perlu ulas perkara ni, ini semua adalah rezeki dan saya terpaksa akur dengan penjurian yang telah dibuat oleh juri-juri profesional.
“Tak kan saya nak sangkal mereka pulak atau memberikan kata-kata yang tak patut. Saya sangat bersyukur apabila dapat mara ke AJL35 sebab pada saya, 30 lagu yang bertanding di separuh akhir itu rata-ratanya adalah sahabat saya. Saya selalu mendoakan supaya mereka dapat merasa apa yang saya rasa,” ujar Hael kepada Gempak.
Tambah Hael lagi, dia hanya menyampaikan lagu-lagunya dan karyanya yang dinyanyikan oleh penyanyi lain untuk dipertandingkan pada pentas berprestij itu.
Klik untuk gambar besar
“Saya hanya menyampaikan lagu saya sebagai penyanyi, menyanyikan karya-karya saya. Itu adalah saya dan saya melakukan kerja saya,” jelasnya lagi.
Pada saringan terakhir yang diadakan pada minggu lalu, 12 lagu layak ke AJL35 dan tiga daripadanya merupakan ciptaan Hael sendiri iaitu lagu ‘Peluang Kedua’, ‘Hati’ dan ‘Belenggu Rindu’ nyanyian duet Wany Hasrita bersama Datuk Jamal Abdillah.
DUA LAGU NAIM DANIEL GAGAL KE AJL35 – NETIZEN LUAH KECEWA