Alves sanggup pakai alat pengesan jika dibebaskan

London: Pemain bola sepak Brazil, Dani Alves bersetuju menyerahkan pasport miliknya dan memakai alat pengesan jika mahu dibebaskan sementara menanti hasil siasatan dakwaan serangan seksual terhadapnya, kata peguamnya dalam rayuan di mahkamah Sepanyol minggu ini.

Alves sebelum ini ditahan pada Januari kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sebuah kelab malam pada 30 Disember.

Hakim memerintahkan pemain veteran itu dipenjara tanpa jaminan selepas mendengar dakwaan pihak berkuasa selain pengakuan Alves, mangsa dan saksi.

Menerusi laporan diterima The Associated Press semalam, Alves ditawarkan membuat laporan di mahkamah dan pihak berkuasa selagi diperlukan, termasuk setiap hari dan tidak akan meninggalkan Sepanyol.



Dia tidak dibenarkan berada dalam jarak 500 meter daripada pihak yang mendakwa, rumah atau tempat kerjanya dan tidak boleh berhubung dalam apa-apa juga bentuk.

Tertuduh juga bersetuju memakai alat pengesan yang membolehkan pihak berkuasa sentiasa memantau bagi memastikan dia mengikut semua syarat dikenakan.

Menerusi rayuan itu juga, Alves akan membayar jumlah jaminan yang akan dikenakan mahkamah selain menyerahkan dokumen perjalanan kepada pihak berkuasa.

Hakim sebelum ini tidak memberikan jaminan buat Alves kerana dia berisiko melarikan diri.



Peguam Alves, termasuk individu sama yang bekerja dalam kes dakwaan penipuan cukai oleh Lionel Messi, berkata dakwaan oleh mangsa tidak cukup untuk menahan tertuduh tanpa jaminan.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker