SPRM pandang serius dakwaan ‘Konspirasi dan Skandal Rasuah di Malaysia,’ cubaan cemar imej

24/12/2020 11:54 PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius maklumat bertajuk ‘Konspirasi dan Skandal Rasuah di Malaysia’ yang tular hari ini menerusi aplikasi WhatsApps menggunakan nama penulis dikenali sebagai Muhammad Fauzan Jamil.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu adalah palsu serta fitnah dan e-mel yang digunakan juga palsu.



“Oleh itu, SPRM telah menghubungi penama terbabit menerusi nombor telefon 019-3499 238 yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebar luas pihak tertentu.

“Hasilnya, penama berkenaan menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, penama terlibat akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Kenyataan SPRM turut menyebut bahawa tohmahan itu sengaja diadakan dengan niat mencemarkan imejnya dan berharap Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.



Konspirasi Tumbangkan Najib (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button