5 pendaki cemas terkandas dalam hutan

5 pendaki cemas terkandas dalam hutan

5 pendaki cemas terkandas dalam hutan
Anggota Bomba dan Penyelamat melancarkan operasi mencari dan menyelamat pendaki yang terkandas di dalam hutan air terjun Kampung Bronang, Bau.- Foto NSTP/Norsyazwani Nasri

KUCHING: Lima pendaki berdepan detik cemas selepas terkandas di dalam hutan air terjun Kampung Bronang, Bau, di sini, disebabkan hujan lebat dan keadaan cuaca gelap, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima laporan berhubung kes itu jam 6.50 petang.

Komander Operasi, Tiwi Nios, berkata lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.



“PGO Sarawak menerima panggilan memaklumkan satu rombongan pendaki seramai lima orang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita tidak dapat turun dari air terjun Bukit Bronang kerana hujan lebat dan keadaan cuaca yang semakin gelap.

“Mereka memohon mendapatkan bantuan bomba untuk mengambil mangsa yang masih terkandas di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa masih dapat dihubungi melalui talian telefon.”Anggota bomba bergerak menuju ke lokasi semua mangsa pada jam 8.50 malam dengan anggaran jarak lima kilometer untuk sampai di tempat lokasi mangsa berada.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu, tiga penduduk kampung yang menunjukkan arah menuju ke lokasi air terjun,” katanya.



Beliau berkata, anggota Bomba menjumpai kesemua mangsa pada jam 10.09 malam.

“Kesemua mangsa diserahkan kepada keluarga masing-masing dalam keadaan selamat, setibanya di tempat permulaan mereka mendaki.

“Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.10 tengah malam,” katanya.

Selepas kaki, bahagian badan dijumpai



5 pendaki cemas terkandas dalam hutan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading