PASARAYA CUBA DIPECAH MASUK PENYAMUN – ZUL YAHYA PESAN ORANG RAMAI BERHATI-HATI
Pelakon Zul Yahya menerusi laman Instagram telah berkongsi satu video dan memaklumkan kedai miliknya hampir dipecah masuk oleh dua orang penyamun yang memakai topi keledar selepas waktu operasi.
Dalam entri yang sama, Zul turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kes jenayah yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
“Allahhuakbar… hati-hati warga Meru Raya lpoh. Penyamun berkeliaran, semalam 2 orang selongkah belakang kedai saya… Muka dah dapat, tunggu nak cekau je, dapat kasi ikat dekat pokok taruh semut merah dalam seluar pastu baru kasi balai… Repot sudah bikin tapi hati-hati sahabat-sahabat niaga jangan buka peluang untuk penyamun-penyamun ni,” katanya.
Klik untuk gambar besar
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didedahkan Zul melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar pasarayanya. Sementara itu, perkongsian Zul itu telah mendapat reaksi ramai dan mengandaikan penyamun-penyamun terbabit dalam pengaruh dadah.
Pelakon filem ‘Gerak Khas The Movie’ itu membuka pasarayanya sendiri iaitu Zul Yahya Mart yang beroperasi di Ipoh, Perak sejak beberapa bulan lalu.
“JANGAN ADA TV LAH… HANYA JALANKAN TUGAS” – JAWAB ZUL ISU FOTO ‘SWEET’ DENGAN RUHAINIES