GAUN SAMA NATASHA TAPI PAVITHRA MINTA TUTUP BAHU: “BUKAN SELEBRITI GRED A…”

Pereka fsyen Rizman Ruzaini baru-baru ini menerusi laman Instagram telah berkongsi sekeping gambar memaparkan personaliti masakan YouTube, Sugu Pavithra ketika sesi fotografi tahun lalu dengan memakai gaun sama seperti pelakon Natasha Hudson.

Dalam entri tersebut, Rizman Ruzaini berkongsikan Pavithra kurang selesa dengan gaun tersebut dan pernah meminta agar bahagian terdedah itu ditutup. Perkara tersebut telah menarik perhatian ramai.

“Mengimbas semula betapa elegannya Pavithra memakai rekaan Rizman Ruzaini untuk muka hadapan majalah Pepatung beberapa bulan lalu ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ini merupakan kali terakhir gaun ini dipinjam untuk sesi promosi sebelum ia dijual.



“Gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut bersama membawa penata gaya untuk memantau sesi fotografi itu. Malangnya, gaun itu terlalu terdedah untuk Pavithra (sebelah bahagian bahu terdedah dengan hanya menggunakan fabrik jenis tulle yang see-through yang mana wanita itu sendiri berasa kurang selesa.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Pavithra kemudiannya meminta agar bahunya itu tidak didedahkan dan ditutup dengan sempurna. Penata gaya menghormati permintaan Pavithra dan menggayakannya mengikut keselesaan Youtuber tersebut,” katanya.



Pereka itu juga menambah mereka tidak kisah dengan perubahan gaun yang dipakai Pavithra asalkan ia tidak lari daripada rupa asal dres tersebut.

“Kami (Rizman Ruzaini) bersetuju asalkan ia tidak mencacatkan keseluruhan rekaan gaun itu. Pavithra pun bukan selebriti Gred A tapi kami tetap teruja untuk bekerjasama dengannya. Malah kami turut berbangga apabila seseorang individu menggayakan rekaan kami dengan cara yang tersendiri dan elegan,” ujarnya.

Image_3.jpg

Sebelum ini, kisah Natasha memakai gaun putih ketika majlis pelancaran sebuah produk pada Selasa mencetuskan kontroversi gara-gara rekaan baju itu yang dilihat tidak sopan untuk digayakan oleh wanita berhijab. Ini kerana menggayakan gaun dengan mendedahkan bahagian bahu serta betis meskipun berlapik dengan kain berwarna kulit.



Walaupun Natasha menjelaskan dia tidak kisah dengan kecaman netizen mengenai perkara itu, namun Rizman Ruzaini melahirkan rasa kekesalan atas tindakan Natasha yang menggayakan gaun tersebut. Menurut pereka itu, tindakan Natasha dianggap telah mencalarkan reputasi dan imej yang dibina mereka sejak 15 tahun lalu.

Penganjur acara dan pengasas produk yang diwakili Natasha kemudian mempertahankan aktres tersebut dengan menasihati Rizman Ruzaini agar tidak mudah melatah dna menghentam pembeli pakaian mereka.

Dalam masa yang sama, Natasha turut menuntut pereka itu membuat permohon maaf malah berpendapat kenyataan yang dibuat Rizman Ruzaini adalah hanya kerana dia bukan selebriti Gred A yang sering memakai persalinan pereka popular tersebut.

Image_4.jpg



“YA, SAYA AMBIL MUDAH…” – NATASHA AKUI KESILAPAN, SIFATKAN RIZMAN RUZAINI BERAT SEBELAH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button