Pemimpin PBB seru jadikan 2021 ‘tahun pemulihan”


United Nations Secretary-General Antonio Guterres (Photo: Eskinder Debebe/UN/dpa)

29/12/2020 05:57 PM

ANKARA, 29 Dis — Menyifatkan 2020 sebagai tahun penuh dugaan, tragedi dan air mata, Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam ucapan akhir tahunnya pada Isnin menyeru kerjasama untuk menangani cabaran global, lapor Agensi Anadolu.

“Marilah kita berdamai sesama kita dan juga alam, menangani krisis iklim, menghentikan penyebaran COVID-19 dan menjadikan 2021 sebagai tahun pemulihan,” kata Antonio Guterres dalam pesanan video.



Beliau turut menyentuh mengenai kesan buruk selama setahun COVID-19 di seluruh dunia seperti peningkatan kemiskinan, ketidaksamaan dan kelaparan, dan menekankan Tahun Baru yang bakal menjelang, akan membawa “sinar harapan.”

Sekiranya semua orang bekerjasama dalam kesatuan dan perpaduan, sinar harapan akan menerangi ke seluruh dunia pada tahun berikutnya, tambahnya.

Menurutnya, kedua-dua perubahan iklim dan COVID-19 adalah krisis yang hanya dapat ditangani oleh semua sebagai sebahagian daripada peralihan ke masa depan yang inklusif dan lestari, beliau menyatakan cita-cita utama PBB pada tahun depan adalah membina pakatan global untuk negara bebas karbon pada 2050.

“Menyembuhkan kesan virus, memulihkan ekonomi dan masyarakat yang terjejas, menghentikan perpecahan dan memulihkan planet ini. Itu adalah Resolusi Tahun Baru kita untuk 2021,” tambah Guterres.



China seru bantu ringankan penderitaan Afrika

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button