BILA NABIL MAHIR MAHU 13 ANAK: “SERAH PADA REZEKI… KAMI TIDAK MERANCANG”

“Saya anak bongsu daripada dua adik-beradik. Kalau boleh, saya nak 13 orang anak. Mengapa tidak kalau dikurniakan rezeki? Dalam masa sama, 13 tu nombor kegemaran saya,” demikian kata pengacara Nabil Mahir yang sempat berseloroh menyatakan dia ingin mempunyai bilangan anak yang ramai iaitu 13 orang.

Umum mengetahui mengenai pasangan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 28, dengan Nabil, 32, yang bakal melangsungkan pernikahan mereka pada Jumaat ini (1 Januari 2021). Sementara itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat ini mengakui dia dan Nabil tidak merancang dalam soal anak.

“Sebenarnya soal anak, kami berserah kepada rezeki Allah. Kami tidak merancang. Kami pun suka dengan budak-budak,” ujar Ayda ketika ditemui media di majlis pelancaran lagu ‘Parah’.

Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan. Pasangan tersebut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

1 JANUARI 2021 – AYDA JEBAT TAK RAGU-RAGU NIKAHI NABIL MAHIR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker