USIA 52 BAKAL TIMANG ANAK KEENAM – AWIE MAHU KEKAL ‘FIT’, ENGGAN DISANGKA ‘ATUK’

Bakal menimang cahaya mata keenam yang dijangka lahir pada Januari depan, penyanyi dan pelakon Datuk Awie berkata dia mula menitikberatkan mengenai kesihatan diri sebagai persediaan.

Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman berharap dia dikurniakan kesihatan yang baik bagi memastikan dirinya mampu membesarkan anak kecil itu meskipun usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

“Syukurlah dalam umur ini saya dikurniakan cahaya mata yang saya anggap sebagai anugerah dan rezeki tak terhingga serta tiada bandingannya.



“Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah menjaga kesihatan saya supaya bila saya hantar anak pergi sekolah, budak-budak ni tak ingat saya datuk dia… itu paling penting, nanti orang tanya tu atuk kau ke? Malu nanti!” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pada 12 November lalu, vokalis kumpulan Wings ini berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, sudah hamil tujuh bulan.



Dalam pada itu, Awie memberitahu dia kini mementingkan penjagaan pemakanan bagi memastikan tubuhnya sentiasa sihat dan kekal bertenaga.

“Ini salah satu cabaran bila nak ada anak kecil, saya banyak psiko diri untuk jadi positif. Saya kena jaga kesihatan, kena sentiasa berhati-hati dan kuatkan semangat untuk kekal fit.

“Paling penting jaga pemakanan kerana isteri pun masih muda, dapat anak kecil lagi… jadi kena nampak sealiran la! Nanti kalau kita sakit dah susahkan isteri pula, jadi saya anggap inilah antara cabaran hidup,” ujarnya.

Image_3.jpg



Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand dan ini merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

Sebelum itu, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah pula dengan Rozana Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon Haliza Misbun pada tahun 2006.

Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah, 11, Putra Ahmad Rezzki, 10, dan Puteri Qasseh Antasha, 8.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

“HAPPY BELATED BIRTHDAY KEKANDA AWIE… TAHNIAH BAKAL TIMANG CAHAYA MATA” – ERRA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button