Isu Zeti dan keluarga terima RM100 juta, Muhyiddin menyepi?
Bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz perlu disiasat segera berhubung dakwaan mengatakan beliau, suami dan anak lelakinya Tawfiq Ayman, dan anak mereka, Abdul Aziz dan Alif Ayman Aziz terlibat di dalam menerima sejumlah wang yang begitu banyak dari Jho Low dan dikatakan wang tersebut adalah dari ‘skandal 1MDB’.
RM100 juta lebih bukannya jumlah yang sedikit dan menurut sumber dari beberapa portal tempatan, wujudnya pengakuan dari pihak suami dan dua orang anaknya mengaku bahawa wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik mereka sekeluarga, Cutting Edge Industries.
Menariknya, selama ini rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa Zeti dankeluarga memiliki syarikat di luar negara yang berpengkalan di Singapura. Apa perniagaan mereka sebenarnya?
Kini rakyat Malaysia menunggu apakah tindakan dan langkah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Zeti sekarang ini memegang jawatan Pengerusi sebuah agensi terpenting milik kerajaan dan rakyat melihat Muhyiddin yang kononnya terkenal dengan ‘kerajaan integriti’ masih menutup mulut, enggan mengulas serta dilihat takut untuk bertindak tegas. Sekurangnya arahkan SPRM dan PDRM untuk menyiasat segera.
Kedudukan Zeti di dalam kerajaan tercalar selagi isu tersebut tidak diperjelaskan kepada rakyat.
Menurut peguam yang menandatangani dokumen tersebut, pengakuan bersumpah itu adalah tulin – FMT.
Muhyiddin masih pertahankan Zeti?