Lelaki berusia 64 tahun disyaki mati dibunuh di Bentong

Lelaki berusia 64 tahun disyaki mati dibunuh di Bentong

Lelaki berusia 64 tahun disyaki mati dibunuh di Bentong

BENTONG: Seorang lelaki berusia 64 tahun disyaki mati dibunuh di sebuah rumah pangsa, dekat sini, pada jam 4.10 petang, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata komander operasi, Che Anuar Ahmad melaporkan telah menerima panggilan daripada pihak polis untuk membantu mengambil mayat di dalam rumah mangsa di sini.



“Pasukan bomba turut memberi bantuan untuk menjalankan siasatan ke atas kejadian ini.

“Menurut laporan polis, mayat mangsa disyaki dibunuh kerana terdapat kesan kebakaran pada kain yang menutupi mayat mangsa,” katanya.

Katanya, sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.



Lelaki berusia 64 tahun disyaki mati dibunuh di Bentong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading