Bagnaia juara MotoGP Belanda

Bagnaia juara MotoGP Belanda

Bagnaia juara MotoGP Belanda
Francesco Bagnaia menjulang trofi selepas muncul juara MotoGP Belanda. – Foto REUTERS

ASSEN, Belanda: Francesco Bagnaia muncul juara MotoGP Belanda di Litar Assen, sebentar tadi untuk melebarkan penguasaannya dalam kategori kejuaraan.

Marco Bezzecchi meraih tempat kedua manakala pelumba Afrika Selatan Brad Binder yang pada mulanya menduduki tempat ketiga terpaksa berputih mata apabila ditolak ke tangga keempat selepas dikenakan penalti susulan melepasi had limit trek.

Situasi itu membolehkan Aleix Espargaro menaiki podium selepas Binder berdepan nasib sama pada pecutan, semalam.



Bagnaia kini mendahului 35 mata di depan Jorge Martin menjelang rehat musim panas dengan perlumbaan bakal kembali bersambung pada awal Ogos di Silverstone.

“Ia sangat hebat dan bukan mudah, mereka banyak memberi tekanan di belakang. Saya menyukai litar ini dan penyokongnya,” kata Bagnaia. – AFP

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button