Kawan jadi lawan

Kawan jadi lawan

Kawan jadi lawan
Pemain Malaysia, Mohd Arif Aiman (kanan) dan Mohd Faisal Halim akan bertembung pada aksi separuh akhir Piala FA malam esok.

KUALA LUMPUR: Selepas 11 hari menjadi ‘kawan’ dalam kem skuad kebangsaan di Kuala Terengganu, dua tonggak Harimau Malaya Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim kembali menjadi ‘lawan’, malam esok.

Ia susulan kelab mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor akan berentap dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim.

Memainkan peranan selaku tonggak penting dalam pasukan, pertembungan Arif Aiman dan Faisal menjadi antara tumpuan utama selain pertarungan dua mesin gol, Fernando Forestieri (JDT) dan Ayron Del Valle (Selangor).



Arif Aiman boleh dikatakan menjadi perancang penting buat Harimau Selatan apabila umpanannya paling banyak menghasilkan jaringan dalam saingan Liga Super musim ini iaitu dengan sembilan bantuan gol kepada JDT.

Berdasarkan rekod jaringan, Faisal dilihat lebih baik dengan meledak tujuh gol dalam liga musim ini selain berjaya melakukan enam umpanan yang menyumbang gol kepada Gergasi Merah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

GERAKAN hanya ‘pencacai’ PN di N.Sembilan




Arif Aiman dan Faisal mungkin tidak akan banyak bertembung dalam aksi, malam ini dengan masing-masing beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri.

Bagaimanapun ia bakal menyaksikan pergerakan laju di kedua-dua bahagian itu dengan mereka memiliki kepantasan dan kualiti menggelecek yang baik.

Arif Aiman dan Faisal menjadi bualan di bibir peminat apabila menjadi kunci kepada kejayaan Harimau Malaya meraih kemenangan besar 10-0 ke atas Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Selasa lalu.

Mereka yang dimasukkan pada babak kedua dalam perlawanan itu berjaya menyumbang separuh daripada jumlah jaringan Harimau Malaya.



Arif Aiman meledak empat gol dan Faisal menjaringkan satu gol dengan tiga gol yang dihasilkan Arif Aiman adalah berpunca daripada hantaran Faisal dan pemain JDT itu pula membantu jaringan Faisal.

Kawan jadi lawan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button