Sekurang-kurangnya 10 hilang dalam kejadian tanah runtuh di Norway

31/12/2020 04:04 PM

ANKARA, 31 Dis — Sekurang-kurangnya 10 orang hilang dalam kejadian tanah runtuh di bandar Ask, Norway pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

“Kami pasti ada mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di wilayah itu,” kata pengurus operasi menyelamat Roger Pettersen.



Tanah runtuh menyebabkan beberapa bangunan roboh, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan termasuk di sebelah malam, meskipun berdepan pelbagai kesukaran.

Sekurang-kurangnya 10 orang cedera – seorang dilaporkan serius – dan kira-kira 1,000 yang lain terpaksa dipindahkan.

Menurut media tempatan, polis menerima laporan pertama kira-kira 4 pagi Rabu waktu tempatan (0300GMT), dan semua perkhidmatan kecemasan, termasuk ambulans, helikopter, polis, tentera dan Palang Merah dikerahkan ke lokasi kejadian di bandar kecil Norway, 20 kilometer di timur laut Oslo.

Banjir, tanah runtuh di Vietnam ragut 55 nyawa, tujuh hilang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button