Pengamal perubatan tradisional dan komplementari dikecualikan cukai perkhidmatan 8 peratus

Pengamal perubatan tradisional dan komplementari dikecualikan cukai perkhidmatan 8 peratus

Pengamal perubatan tradisional dan komplementari dikecualikan cukai perkhidmatan 8 peratus
AMIR Hamzah. FOTO Bernama

Putrajaya: Pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang berdaftar di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775] akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan sebanyak lapan peratus, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Selagi mereka berdaftar dengan akta di bawah Kementerian Kesihatan, mereka akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2024,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas, hari ini.

Sehubungan dengan keputusan itu, beliau berkata, pengamal PT&K yang berdaftar dengan akta itu tidak perlu berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan seterusnya tidak mengenakan cukai bagi perkhidmatan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati, kiropraktik, osteopati dan amalan pengubatan Islam.



“Kementerian Kewangan juga bersetuju supaya keputusan itu terpakai ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh pusat kesihatan atau kesejahteraan, rumah urut atau tempat yang seumpamanya yang dikendalikan oleh pengamal PT&K yang berdaftar dengan Akta 775 bagi perkhidmatan di atas untuk tempoh sebelum 1 Мас 2024,” katanya.

Amir Hamzah berkata, ini adalah susulan keputusan Kementerian Kewangan supaya perkhidmatan disediakan oleh pusat kesihatan atau kesejahteraan, rumah urut atau tempat seumpamanya yang dikendalikan oleh pengamal PT&K berdaftar dengan akta itu tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan bercukai berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas?




“Maklum balas ini juga mengambil kira perbincangan daripada sesi libat urus bersama pihak berkepentingan industri PT&K,” katanya.

Beliau berkata, pengecualian cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan PT&K ini antara usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sebagaimana yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani dan diterapkan dalam kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat.

“Keputusan yang dipersetujui oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah langkah untuk meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

“Pada masa yang sama, Kerangka Ekonomi Madani juga akan giat memperkasakan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menggajikan hampir separuh tenaga kerja di Malaysia,” katanya.



Pengamal perubatan tradisional dan komplementari dikecualikan cukai perkhidmatan 8 peratus

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button