1MDB, Saksi sahkan 4 dokumen tidak dimetrai

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


1MDB, Saksi sahkan 4 dokumen tidak dimetrai

Saksi kes 1MDB Tanore, Nuraida Ariffin mengesahkan 4 dokumen yang diterima dari 4 buah negara berkaitan kes 1MDB tidak dimetrai (wax seal) atau seumpamanya.



Dalam erti kata lain, dokumen tersebut boleh dicerobohi sewenangnya memandangkan tiada perincian dikepilkan bersama sampul yang diterima.

Dokumen melibatkan dari Singapura, Barbados, Switzerland dan Hong Kong.

1MDB, Saksi sahkan 4 dokumen tidak dimetrai

Pendedahan ini amat mengejutkan hadirin dalam Mahkamah sekaligus menimbulkan keraguan samada dokumen tersebut boleh diubah atau dicacatkan semasa di terima SPRM.



Peguambela, Tan Sri Shafee Abdullah turut bertanya kepada Aida mengenai dokumentasi setiap dokumen yang diterima beliau. Aida telah mengesahkan semua dokumen yang diterimanya dalam bentuk “loose” dan tidak dikepilkan atau dimetrai dengan cop pengesahan (stamp seal) atau diikat dengan riben untuk mengelakkan sebarang kerosakan atau kecacatan dokumen.

1MDB, Saksi sahkan 4 dokumen tidak dimetrai

Selain itu, Aida turut mendedahkan ada kandungan dalam dokumen yang diterima tidak dijadikan bahan kes kerana difikirkan tiada kaitan dengan kes tersebut.

Perbicaraan akan disambung pada hari ini.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button