’13 ANAK’ TULAR – INI KOMEN NABIL MAHIR

Image_1.jpg

Sebelum ini, pengacara Nabil Mahir berseloroh menyuarakan hasrat mahu menimang 13 cahaya mata selepas bernikah dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat. Perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, malah hasrat itu turut menjadi tular.

Enggan isu itu terus diperkatakan, Nabil tampil menjelaskan perkara sebenar. Katanya, pendedahan tersebut hanyalah impian dan sejujurnya mereka yang kini sudah pun sah bergelar suami isteri terbuka mengenai kehadiran cahaya mata selepas ini. Malah, ia bukanlah satu sasaran, sebaliknya hanya kerana dia menyukai angka 13.

“Angka 13 adalah nombor kegemaran saya. Baik saya dan Ayda, kami tidak meletakkan sebarang sasaran nak ada 13 anak. Apa yang lebih penting adalah doa orang ramai supaya kami dikurniakan zuriat yang sempurna dan sihat.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya tak kisah pun berapa bilangan anak dan hanya berserah kepada takdir. Tiga orang ke, 13 ke atau 30 sekali pun, saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan segalanya. Yang penting kami terbuka dan berdoa agar dikurniakan rezeki cahaya mata awal, Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Ayda berkata, dia sudah lali dengan kecaman warganet dan tidak mengambil hati: “Terpulang kepada masyarakat untuk cakap apa pun. Saya tak kisah sebab hanya kami saja yang kenal diri kami. Cuma kita doakan semoga apa yang bakal berlaku dalam hidup kita adalah perkara yang baik-baik saja,” ujarnya positif.



Image_3.jpg

Semalam, pasangan selebriti berlenaan selamat diijab kabulkan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.28 petang.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri, dengan disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg



Image_8.jpg

Image_9.jpg

BILA NABIL MAHIR MAHU 13 ANAK: “SERAH PADA REZEKI… KAMI TIDAK MERANCANG”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button